Bismillahirrahmanirrahim... urrmm... 2012 smakin sudah p0mn melabuhkan tirai... dan es0k bermulalah fasa baru tahun 2013... byk cabaran yg aku dh lalui tahun 2012 ni... terutama skali bile brdepan sbg peljar tahun akhir dan lesen aku dari bulan 3 smpi skrg xdpt2 ag lesen L..
"Sungguh Sedih & Kecewa dengan sikap cikgu memandu yang menguruskan lesen memandu pelajar-pelajar USM yang menggunakan nama UNI-TAQWA & Hadi sebagai batu loncatan untuk mereka mendapatkan pendaftaran baru dari pelajar-pelajar USM..Janji-janji manis kononnya untuk membantu pelajar-pelajar USM buat lesen pada harga terendah & tiada tandingan, masa belajar yang flexible, khidmat hantar & jemput dari asrama & servis yang berkualiti hanya tinggal ingauan semata-mata..Setahun berlalu, dengan pujuk rayu untuk menjadikan Office UNI-TAQWA sebagai pusat pendaftaran lesen memandu bagi pelajar-pelajar USM merupakan saat-saat pahit yang tidak mungkin saya dapat lupakan sehingga akhir hayat.. Sudah puas saya berhempas pulas membantu mana-mana yang boleh saya bantu & menggunakan segala cara saya usahakan untuk push & terus push cikgu itu untuk selesaikan segera semua pelajar-pelajar yang dah dia ambil menggunakan nama UNI-TAQWA termasuk mengorbankan duit sebanyak 20K pada bulan Julai 2012 untuk dia serahkan direct semua pelajar-pelajar tu kepada Institut Memandu Cemerlang, namun janji tinggal janji, masa terus berlalu sehingga menghampiri 2013, namun keadaan masih teruk & masih tidak selesai lagi..Sudah terlampau banyak complaint bertalu-talu saya terima sehinggalah saat peperiksaan tinggal lagi 10 minit untuk masuk dewan exam sem lepas pun masih bertalu-talu call & SMS complaint yang saya terima, namun bila diajukan complaint itu kepada cikgu tersebut, ibarat dipandangnya sebelah mata sahaja tanpa ada rasa risau & nak bertanggungjawab & mengambil tindakan secepat yang mungkin. Tidak dihubungi balik pelajar-pelajar itu walaupun saya dah diajukan semua complaint2 & permintaan pelajar2 itu kepada cikgu itu. Sejauh mana kejujurannya menggunakan duit 20K itu untuk menyelesaikan masalah ini tidak dapat dipastikan kebenarannya..Apa yang penting SIKAP manusia itu sendiri perlu amanah & bertanggungjawab dalam urusan kehidupan (muamalat & muasyarat) dan takut kepada ALLAH, barulah masalah ini boleh selesai..Selagi cikgu ini masih bersikap sambil lewa, masalah ini akan lambat selesai atau masih tidak akan selesai akibat permit nya akan ditarik oleh JPJ..Namun saya tetap akan terus bersabar menerima segala complaint daripada pelajar2 & tetap terus akan menyampaikan serta-merta segala complaint & permintaan pelajar2 itu kepada cikgu tersebut & saya tetap mahu terus push & push juga cikgu itu untuk pastikan cikgu itu akan menyelesaikan juga semua pelajar-pelajar yang dah dia ambil sejak hampir setahun yang lalu..Memang ini semua dugaan-NYA, namun tidak semua orang memahami situasi ini, tiada gunanya jika saya menjawab segala post & komen jika sikap cikgu itu sendiri masih begini walaupun sudah pelbagai cara & ikhtiar saya usahakan termasuk duit bantuan yang mungkin hangus begitu sahaja kelak..Hanya saya harap ALLAH buka pintu hatinya untuk rasa amanah & bertanggungjawab terhadap duit-duit pelajar yang dah dia ambil termasuk juga duit saya untuk dia selesaikan juga amanah & tanggungjawabnya itu..Wahai para pelajar sekalian, saya harap anda faham bahawa saya juga mengalami masalah yang sama seperti anda, tetapi saya telah sedaya upaya berusaha & berikhtiar dengan kudrat & kemampuan yang ada untuk menyelesaikan masalah anda semua..Namun saya masih bergantung pada sikap manusia lain yang hipokrit & tidak amanah & tidak takut dengan ALLAH..Walaupun hati saya sangat kecewa & sedih, namun tiada siapa yang tahu..saya diamkan sahaja tidak menjawab segala tohmahan & tuduhan..baru kini hati kecil ku meronta-ronta ingin bersuara..Saya harap MPP boleh membantu saya menyelesaikan masalah ini..Anda ada kuasa & kedudukan di dalam Universiti..Mungkin keadaan dapat berubah dengan bantuan anda..Saya amat menghargai jasa baik anda..Wallahualam"
hakikatnya aku kna byr an0ther RM760 utk wat lesen again.. total RM1500 aku spend utk lsen kete.. klakar kn?
ni sin0psis ape yg berlaku.. sebenrnya aku xkisah p0n psl duit 0r lesen.. cumanya aku sedey.. mna hilagnya rasa amanah dan tanggugjwab.. nak2.. die s0rang muslim... yg spatutnya mnjga kbajikan muslim yg laen..
sejauh mana amanahnya die mnguruskan amanah tu wallahualam.. tp satu.. aku smakin runsing dgn pemuda2 zmn skrg yg semangnya dijadikan sbg pemimpin n ktua kluarga bg wanita..
aku xkatakan smua tp kebanyakan byk jenayah penipuan tu lelaki.. cube fikir.. mana kit0rang p0mpuan2 ni nk asa dilindungi kl0 dh lelaki skrg sudah x de asa pentingnya mnjga amanah... sbb tu lah kl0 kite tgk skang.. ramai wanita2.. trutama para ibu.. kuat..tabah..lebeyh berdikari.. sbb die da xhrap sesape.. ase smkin risau dgn generasi pemuda zmn skrg...
ape yg perlu wat skrg adlah sumenye kembali kpd aku.. mentarbiyah individu *diri sendri* strusnye baitul muslim... menerapkan kembali rasa amanah itu dlm jiwa ank2 yg akan begelar pemimpin generasi sterusnya...
Jika kita melihat antara prinsip perubahan yang diketengahkan oleh Ikhwan Muslimin ialah “As-Solah Qobla Al-Islah”, iaitu memperbaiki diri sebelum memperbaiki masyarakat. Mereka yang mampu memperbaiki dirinya, maka ia mampu melakukan Islah iaitu memperbaiki masyarakat di sekelilingnya. Untuk memperbaiki ummah kata Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Syeikh Jum’ah Amin, seseorang perlu menjadi abid dahulu, iaitu menghambakan diri kepada Allah subhanahu wataala dengan membanyakkan amal yang mendekatkan diri dengan Allah subhanahu wataala.
“Jadilah kamu hamba (Allah) sebelum kamu menjadi pemimpin (ummah),” pesan Syeikh Jum’ah Amin.
Ikhwan Muslimin mengambil pendekatan tarbiah rabbaniyyah dengan cara mendidik ahlinya supaya rapat dengan Allah subhanahu wataala dengan membaca al-Quran satu juzuk sehari, istighfar 100 kali sehari, qiyamullail minimum dua rakaat, berzikir secara ma’tsur supaya lidah basah dengan mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wataala...
ya.. mgkin ini adlh azam aku bkn utk 2013.. tp azam setiap masa... berhijrah ke arah yg lebeyh baek dr sblumnya... m0ga Allah permudahkan.. aaminn..
No comments:
Post a Comment